14 Dis 2014

SEJARAH PENUBUHAN KELAB SPBT SEKOLAH

          Kelab SPBT sekolah ditubuhkan adalah bertujuan untuk membantu dalam pengurusan dan pelaksanaan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) di sekolah. Kewujudan kelab ini diharapkan dapat memupuk rasa cinta akan buku teks dalam kalangan para pelajar dan seterusnya mampu memartabatkan kedudukannya sebagai sumber ilmu yang penting.

          Kelab SPBT SMK Batu 4 telah didaftarkan sebagai aktiviti kokurikulum di SMK Batu 4 mulai tahun 2002. Kini, Kelab SPBT dikendalikan sepenuhnya oleh Pn. Halijah Bt. Mohamed dan Pn. Nurul 'Izzah Bt. Mohd. Ariff. Kelab ini disertai oleh 15 orang ahli yang bergiat aktif bagi menjayakan pengurusan SPBT SMK Batu 4.

          Objektif penubuhan Kelab SPBT ini di SMK Batu 4 adalah untuk:-
  • Mengembangkan potensi para pelajar secara menyeluruh.
  • Menyuntik semangat kerjasama dan tanggungjawab dalam kalangan pelajar.
  • Memupuk rasa cinta akan buku teks.
  • Melicinkan, menyusun aktiviti dan meletakkan Kelab SPBT setaraf dengan kelab-kelab lain yang disediakan di SMK Batu 4.
  • Memartabatkan buku teks.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan