16 Jan 2015

TUGAS & TANGGUNGJAWAB GURU SPBT

Ini adalah senarai tugas dan tanggungjawab yang perlu dipikul oleh seorang Guru SPBT.
  • Mematuhi segala arahan yang berkaitan dengan SPBT.
  • Menguruskan Bilik Operasi SPBT dengan baik.
  • Membuat permohonan keperluan buku teks dengan tepat.
  • Mengedar, mengumpul dan menyemak Borang Rekod Pinjaman Buku Teks (SPBTG).
  • Menyediakan data enrolmen murid setiap tahun.
  • Menguruskan pengagihan dan pemulangan buku teks dengan bantuan guru tingkatan dan ahli Kelab SPBT.
  • Mengurus dan mengemas kini fail dan buku stok SPBT dari semasa ke semasa.
  • Menerima, menyemak dan menandatangani invoice dan nota serahan daripadapembekal buku teks.
  • Pemantauan fizikal terhadap buku teks di tangan murid dan semasa menerima buku teks daripada penerbit buku teks.
  • Memastikan buku teks dicop dan direkodkan penerimaannya dalam buku stok.
  • Menguruskan pelupusan buku buku teks yang telah rosak atau tidak boleh diguna pakai lagi.
  • Menjadi Setiausaha dalam Jawatankuasa SPBT sekolah.
  • Melaporkan sebarang masalah berkaitan SPBT kepada Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM).
  • Merancang aktiviti yang bersesusaian dengan Kelab SPBT.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan