10 Dis 2014

SEJARAH SPBT DI PERINGKAT NEGARA

Pada tahun 1971:-
Jemaah Menteri bersetuju dengan cadangan bantuan buku teks kepada pelajar daripada pelajar yang kurang mampu.

Pada tahun 1974:-
Majlis Tindakan Negara menetapkan dasar kelayakan SPBT:
  1. semua murid SK layak tanpa mengira status sosioekonomi keluarga.
  2. murid SJK dan SM mengikut syarat dan peringkat:
  • RM 200 semua anak layak
  • had maksimum pendapatan RM 500
Pada tahun 1983:-
SPBT diperluaskan ke SMAR dan ini telah membawa kepada pemberian SPBT kepada semua murid SMAR tidak kira syarat mahupun peringkat.

Pada tahun 1986:-
Hasil pindaan Dasar Kelayakan SPBT, semua murid SK dan SMAR layak memperoleh SPBT. Namun, bagi sekolah yang selain daripada SK dan SMAR, had pendapatan keluarga mestilah seperti yang berikut untuk melayakkan diri mendapat bantuan SPBT:
  1. RM 700 ke bawah semua layak.
  2. RM 701 hingga RM 800 seorang anak ditanggung oleh ibu bapa.
  3. RM 801 hingga RM 900 dua orang anak ditanggung oleh ibu bapa.
  4. RM 901 hingga RM 1000 tiga orang anak ditanggung oleh ibu bapa.

Pada tahun 1998:-
Dasar Kelayakan SPBT disemak semula. Hasilnya, had pendapatan maksimum bagi SK dan SM ialah selebih-lebihnya RM 1500 jika ingin mendapatkan bantuan SPBT.

Pada 4 April 2001:-
Sekali lagi, Dasar Kelayakan SPBT dipinda. Menurut pindaan ini, SK dan SMAR perlulah memperoleh had pendapatan selebih-lebihnya RM 2000 untuk mendapatkan bantuan SPBT.

Pada 4 Ogos 2001:-
Pindaan Dasar Kelayakan SPBT bagi SJKC dan SJKT dijalankan. Daripada pindaan tersebut, sekiranya sesebuah keluarga itu memperoleh suatu had pendapatan, dan had pendapatan tersebut adalah RM 1000 ke bawah tanpa mengira bilangan anak atau tanggungan, maka bantuan SPBT adalah layak untuk diberikan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan